Sebanyak 2,283.7 tan metrik bahan buangan elektrik dan elektronik (e-sisa) berjaya dikumpul Jabatan Alam Sekitar setakat bulan ini. Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia dapatan terbesar sejak kempen pengurusan Hari Pengumpulan e-sisa pada 2014.

Beliau berkata pencemaran e-sisa menjadi antara isu global susulan aktiviti pelupusan bahan yang tidak diurus dengan baik.Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program tersebut di ibu kota secara maya.

Ujar beliau lagi, sejak awal tahun lalu, KASA telah mengambil inisiatif menetapkan Sabtu terakhir setiap bulan sebagai Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Electronik (E-Sisa).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini