Mengadakan ‘Private Party’ dengan mengunci pintu dari dalam bagi mengaburi pihak berkuasa. 23 Individu termasuk empat wanita diberkas di sebuah pusat hiburan dekat Pulau Tikus, George Town, dalam Ops Noda Ambang Tahun Baru awal pagi tadi.

Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 39 tahun itu dikesan berkumpul tanpa penjarakan sosial dan berhibur tanpa kebenaran.

Difahamkan pihak polis terpaksa memecahkan pintu rumah, apabila mereka enggan membukanya walaupun sudah diketuk berulang kali. Serbuan yang berakhir pada pukul 3 pagi itu diketui Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini