Cubaan seorang wanita warga Myanmar melarikan diri dengan bersembunyi dalam kawasan hutan tebal, gagal selepas suspek tetap ditahan Jabatan Imigresen. Wanita terbabit antara 23 PATI pelbagai warganegara yang ditahan dalam Ops Bersepadu ( Ops Minyak dan Ops Sapu), semalam. Operasi digerakkan di kawasan tapak pembinaan sekitar Kulim, Kedah. Pengarah Imigresen Negeri, Zuhair Jamaludin memberitahu, 56 individu pelbagai negara telah diperiksa dan 23 telah ditahan. Siasatan awal mendapati mereka telah melakukan pelbagai kesalahan. Antaranya, seperti biasa, tidak memilki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, melanggar syarat-syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah. Kesemua mereka ditahan di lokap imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imgresen Belantik, Sik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini