23 usahawan diiktiraf pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) 2021 anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Mereka dipilih daripada 60 finalis setelah melalui beberapa proses saringan, latihan intensif serta “pitching” bersama pemain industri sejak September lalu.

Penilaian berdasarkan potensi inovasi, pengkomersialan, daya tahan serta daya saing global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menggesa usahawan Bumiputera agar lebih proaktif dalam meningkatkan kemahiran perniagaan seiring halatuju Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030.

Beliau berucap pada majlis pengiktirafan SUPERB 2021 secara maya.

RM11.5 juta geran perniagaan diperuntukkan kepada pemenang secara keseluruhan.

SUPERB adalah program pertadingan berasaskan business pitching bagi mengenal pasti usahawan Bumiputera permulaan mempunyai idea perniagaan yang kreatif, inovatif dan lestari.

Sejak dilancarkan pada 2014, SUPERB berjaya merealisasikan idea perniagaan 208 usahawan permulaan Bumiputera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini