Seramai 237 keluarga yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini menarik nafas lega apabila menerima bantuan RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir.


Tambahnya juga, sehingga hari ini kerajaan persekutuan telah pun menyalurkan sejumlah RM34 juta kepada 34,000 buah keluarga beberapa buah negeri yang terlibat bencana banjir baru-baru ini

Manakala sejumlah RM200 juta turut disediakan bagi pembaikan rumah dan infrastuktur awam yang rosak ditenggelami air.

Beliau ditemui media selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada penduduk terjejas banjir di daerah Gombak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini