Penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat kepada 850 orang setakat pukul 12 tengahari berbanding 294 orang pagi ini.

Berikutan itu, sebanyak 239 keluarga pindahkan ke 12 Pusat Pemindahan Sementara, PPS di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan berkata, Kota Setar mencatatkan PPS terbanyak dibuka dengan enam buah.

PPS itu turut menempatkan penduduk terjejas terbanyak iaitu seramai 409 orang daripada 124 keluarga.

Sementara itu, daerah Pendang , Pokok Sena dan Kubang Pasu masing-masing menyaksikan sebanyak dua PPS dibuka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini