24 anggota Perubatan terlatih dan 3 petugas logistiK Jabatan Kesihatan Kedah memulakan tugas di Klinik Desa Sungai Lui Hulu Langat hari ini. Misi dilakukan bagi membantu Jabatan Kesihatan Selangor memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk terjejas banjir.

Menerusi laman rasmi facebook Jabatan Kesihatan Kedah, kumpulan bantuan itu boleh memberi perkhidmatan kecemasan menerusi Pasukan Petugas Bencana Ground Zero Bencana.

Pasukan terlatih itu berupaya memberi perkhidmatan mengikut piawaian perkhidmatanb bencana ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO. Petugas terlibat merupakan gabungan kakitangan Hospital Bahiyah, Alor Setar, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan Hospital Kulim.

Mereka terdiri daripada Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan pekerja teknikal. Mereka turut dilengkapi aset bersesuaian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini