24 jangkitan membabitkan varian Omicron dikesan di Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), 21 daripadanya merupakan kes import, manakala tiga lagi penularan tempatan.

MOH menjelaskan, pihaknya sedang berusaha menghalang penularan kes melalui pengesanan kontak.

Kes membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pembantu pemuatan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan tidak mempunyai kontak dengan penumpang penerbangan.

Lelaki itu mengalami demam pada 8 Disember lalu sebelum mendapatkan rawatan perubatan di klinik perubatan awam (GP) dan menjalani ujian COVID-19.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes sebelumnya.

Justeru, sampel beliau diuji untuk varian Omicron pada Khamis dan keputusan awal menunjukkan ia positif.

Republik itu melaporkan kes awal Omicron import pada 6 Disember lepas.

Kedua-dua kes tiba dari Johannesburg pada 1 Disember lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini