Seramai 24 pelajar lelaki di Maktab Mahmud Sik, Kedah disahkan positif Covid-19 membabitkan kluster institusi pendidikan dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi.

Exco Kesihatan Kedah, Datuk Mohd Hayati Othman berkata, kluster tersebut dikesan setelah beberapa pelajar didapati mengalami gejala bermula 28 November lalu.

Beliau berkata, pihak pengurusan sekolah di Taman Pelangi Jaya Sik itu telah melakukan saringan bersasar kepada pelajar dan kes didaftarkan positif bermula hari ini.

Setakat siang tadi, seramai 38 indvidu telah disaring dan daripada jumlah itu, 14 pelajar diuji negatif.

Punca penularan jangkitan masih dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik.

Tambahnya, PKD juga telah menjalankan pengasingan dan pemerhatian kepada kes-kes positif manakala kesemua kontak rapat pula diarah menjalani kuarantin.

Selain itu, notis penutupan sekolah juga telah diberikan bermula hari ini sehingga kerja-kerja membasmi kuman dan pencegahan penularan selesai dijalankan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini