Setakat pukul 2 pagi tadi situasi banjir di Terengganu masih kekal dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

PPS Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot di Kuala Nerus menempatkan 24 penduduk terjejas.
 
Menerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah
Kuala Nerus, 24 penduduk terjejas itu adalah daripada Kampung Alor Damat di daerah Kuala Nerus melibatkan lima keluarga.
 
Limpahan air yang berlaku di kampung berkenaan disebabkan hujan lebat yang berterusan sejak kelmarin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning di Terengganu bermula semalam hingga hari ini.
 
Penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihat bersiap sedia berpindah segera jika diarahkan bagi memudahkan pergerakan pihak berkuasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini