Kira-kira 243 kejadian tanah runtuh direkodkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sepanjang Monsun Timur Laut 2021.

Kawasan perumahan, jalan, dan cerun, antara kawasan yang terlibat.

Kuala Lumpur merekodkan jumlah tertinggi dengan 94 insiden, diikuti Selangor (62), Pahang (42), Negeri Sembilan (30), Sabah (17), Sarawak (6), Terengganu (3), Johor (2) dan Melaka (1).

Pihak JMG segera melakukan tinjauan ke tapak insiden dan bertindak antaranya memasang kanvas serta membersihkan debris.

Bagi insiden di kawasan kediaman, JMG telah mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman dan berlindung ke tempat selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini