Seramai 24,740 penduduk Selangor sudah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 secara percuma,  di bawah Program Vaksin Selangor, SELVAX Booster.

Tempoh tersebut dari 8 Disember hingga 23 Disember lalu.

Sejak diperkenal 8 Disember lalu, sebanyak 16 Klinik Selcare termasuk Kuala Lumpur telah menawarkan pemberikan dos penggalak berkenaan. 

Menurut Eksekutif Pemasaran Klinik Selcare, Nurafida Zamri, Klinik Selcare menawarkan sebanyak 150 vaksin dos penggalak setiap hari kepada penerima vaksin.

Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk mendaftar awal melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat, SELangkah bagi mengelak kesesakan.

Beliau ditemui dalam Program Fam Trip Media Promosi Industri Halal Negeri Selangor di Klinik Selcare, Shah Alam.

Mulai 8 Disember lalu, kerajaan Selangor menyediakan sebanyak 157,000 dos penggalak bagi vaksin Covid-19 secara percuma di bawah Program SELVAX Booster.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini