25 ahli kumpulan perompak bank ditembak mati polis Brazil dalam operasi besar-besaran polis di Minas Gerais, semalam.

Sejumlah besar senjata turut dirampas, termasuk senapang dan bom tangan, serta beberapa kenderaan curi.

Tiada kemalangan jiwa membabitkan anggota pasukan keselamatan dan identiti suspek tidak didedahkan.

Ketika serbuan, anggota organisasi jenayah yang pakar dalam merompak bank dan ATM sedang membuat rancangan rompakan  ke atas beberapa bank tempatan.

Kes rompakan bank terancang membabitkan senjata semakin meningkat di Brazil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini