25 syarikat pengambilan pekerja disenarai pendek Kementerian Sumber Manusia Malaysia daripada 1,520 syarikat dibekalkan Kementerian Sumber Manusia Bangladesh.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, langkah itu bertujuan menghapus amalan monopoli 10 syarikat dilantik sebelum ini selain menjamin semak dan imbang bagi mengelak monopoli dan amalan salah laku.

Beliau sekali gus menafikan penglibatan Perdana Menteri Bangladesh dalam pemilihan 25 syarikat pengambilan pekerja asing. Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Sheikh Hasina Wazeed hanya untuk berkongsi situasi semasa serta inisiatif kementerian dalam perihal buruh asing.

Beliau turut memaklumkan, senarai 250 syarikat lagi turut dibekalkan oleh pihak Bangladesh yang akan berfungsi di bawah 25 syarikat yang dilantik bagi menjamin standard digariskan kementerian.

Kesemua syarikat pengendali perlu mematuhi piawaian Pertubuhan Buruh Antarabanga, ILO terutama berkaitan situasi tempat kerja dan tempat tinggal pekerja selain menghapus amalan buruh paksa.

Saravanan turut menegaskan, kemeterian tidak memberi keistimewaan kepada negara tertentu dan majikan, dalam memilih buruh daripada senarai 14 negara sumber. Setakat Rabu lalu, pusat sehenti pekerja asing di bawah kementerian telah meluluskan kemasukan 230,000 pekerja asing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini