Sekurang-kurangnya 25 terkorban akibat banjir buruk yang melanda Bangladesh sementara berjuta penduduk lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Menurut Pusat Ramalan Banjir dan Amaran Bangladesh, kebanyakan sungai di negara itu telah melepasi paras bahaya.

Ribuan anggota polis dan tentera dikerah bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Lebih 3.1 juta penduduk terkandas dan 200,000 mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Bangladesh, sebuah negara berpenduduk 160 juta orang berada di kawasan rendah dan menghadapi ancaman bencana alam seperti banjir dan taufan, yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim, kira-kira 17 peratus rakyat di Bangladesh perlu dipindahkan dalam tempoh sedekad yang akan datang jika pemanasan global berterusan pada kadar sekarang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini