Tekun Nasional menyasarkan 25,000 usahawannya mendaftar dan mencarum dengan Perkeso, di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Di bawah Skim itu, golongan usahawan dan peniaga akan dilindungi daripada bencana pekerjaan sendiri, termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sehingga kini 16,830 orang usahawan Tekun telah mencarum di bawah SKSPS.

Tan Sri Noh melancarkan¬† ‘Kempen Mencarum Perkeso Usahawan Tekun’ di Johor Bahru.

Kempen dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bermatlamat meningkatkan kesedaran golongan usahawan mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial, di samping menggalakkan mereka mencarum dengan Perkeso.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini