Lebih 250,000 isi rumah di Melaka dijangka menerima manfaat daripada penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di lima kawasanbermula hari ini dan esok.
 
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, mereka menerima penjimatan harga barangan hampir 30 hingga 40 peratus. 

Jelasnya, sambutan yang diterima memberangsangkan dengan kebanyakan barangan harga kawalan seperti ayam, minyak masak dan sayur-sayuran hampir habis dijual seawal 9.30 pagi.
 
Lima lokasi program berkenaan termasuklah tapak berhampiran Pejabat Parlimen Jasin, Tapak Pasar Malam Taman Melaka Perdana, Machap Jaya, Tapak berhadapan Sekolah Kebangsaan Telok Mas, Taman Tangga Batu Perdana dan Tapak Bazar Ramadan Taman Cempaka. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini