Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melupuskan 251 bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara menerusi pelbagai kaedah sejak 2007 hingga kini.

Nilai keseluruhan lupusan adalah RM375 juta.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 18 bot bernilai RM26 juta dilupuskan secara musnah pecah.

Lima buah bot telah dilupuskan melalui kaedah penenggelaman dan musnah pecah dengan nilai anggaran RM7.56 juta tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini