Seramai 2,560 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diraikan dalam Majlis Konvokesyen USIM Ke-19 sehingga 30 November ini.

Majlis diadakan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud yang juga Canselor USIM berkenan menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Konvokesyen ke-19 USIM di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai. 

Dalam titahnya baginda mahu USIM melihat teknologi blockchain yang diyakini dapat membantu keselamatan dan privasi pangkalan data USIM.

Ini bagi memastikan kesemua data penting itu dapat disimpan dengan selamat, tidak boleh diubah ataupun dihapuskan oleh pihak yang cuba untuk menggodam data dan mencuri maklumat.

Majlis turut meraikan dua graduan sulung Doktor Falsafah Ekonomi Pentadbiran Muamalat dan daripada Program Sarjana Bahasa Arab (Kesusasteraan Islam).

Allahyarham Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM turut dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Dakwah dan Pengurusan Islam).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini