Seramai 2,563 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen USIM ke-19 yang akan diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM bermula 23 hingga 30 November ini.

Ia merupakan majlis pertama secara fizikal selepas tempoh pandemik COVID-19 melanda.

Majlis konvokesyen akan diadakan sebanyak lapan sidang secara fizikal dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, seramai 2,653 graduan yang terdiri daripada 2,188 graduan program peringkat sarjana muda dan 375 orang graduan di peringkat pascasiswazah akan terlibat dalam Majlis tersebut. 

USIM akan mengadakan simulasi bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 ketika berlangsungnya majlis konvokesyen berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini