26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak akibat dilanda ribut, petang semalam.

Ia susulan hujan lebat di beberapa daerah termasuk di daerah Hulu Terengganu yang turut membawa ribut. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata hujan lebat beserta ribut berlaku kira-kira pukul 4 petang.
 
Empat buah kampung di daerah Hulu Terengganu terjejas ekoran ribut berkenaan dengan 26 kediaman mengalami kerosakan di bahagian bumbung.
 
Ia membabitkan Kampung Bukit Kolam, Bukit Diman, Rumah Awam Kos Rendah Tok Randok Dan Kampung Baru Ajil.
 
Bagaimanapun, tiada kecederaan direkodkan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini