Di Terengganu, 27 nelayan ditahan kerana melanggar syarat lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 12 batu nautika dari Kuala Merchang, Marang.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat dalam satu kenyataan
berkata, 22 nelayan warga tempatan dan lima warga Myanmar itu menaiki dua bot pukat jerut dan pukat tunda kelas C.

Kesemua kru dibawa masuk ke Pangkalan Perlindungan Sumber Pulau Kambing
Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Turut disita, Kedua-dua bot berkenaan serta 4,000 kilogram hasil laut ditangkap dengan keseluruhan nilai dianggarkan RM3 juta.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan tindakan kompaun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini