Mahkamah Koroner Shah Alam menetapkan 27 September ini sebagai tarikh keputusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.Prosiding inkues dijalankan selama 41 hari bermula 11 Februari lalu susulan dakwaan bercanggah mengenai punca kematian Muhammad Adib.Sepanjang prosiding, 137 eksibit dikemukakan dan 30 saksi dipanggil memberi keterangan.Antaranya orang awam, anggota polis, bomba dan beberapa pakar perubatan.27 November lalu, Muhammad Adib cedera parah dalam rusuhan di Tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield Subang Jaya.Selepas 21 hari bertarung nyawa, anggota bomba itu menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini