Hampir 6,000 hektar kawasan tanaman padi dibawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis, rosak disebabkan banjir yang berlaku sejak pertengahan bulan lalu hingga kini. Ia menjejaskan 2,759 pesawah.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, permohonan untuk menyalurkan bantuan kepada pesawah berkenaan telah dibuat. Ia menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Banjir dikawasan tersebut berlaku disebabkan taburan hujan yang tinggi dikawasan dataran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini