Hujan lebat tanpa henti menyebabkan Pekan Pokok Sena dan beberapa buah kampung di sekitar dilanda banjir kilat.

Kejadian menyebabkan 278 penduduk terjejas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan  Bencana daerah Kota Setar, Kapten Pertahanan Awam, Mohd Zain Bahrum dalam kenyataannya berkata, 10 keluarga dari Kampung Permatang Limau, telah dipindahkan di surau kampung berkenaan yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara Banjir PPS.

Setakat awal pagi tadi, banjir di beberapa kawasan beransur pulih dan air mulai surut.

Sementara itu, 102 penduduk daripada 29 keluarga ditempatkan di empat PPS di Baling.

Ia melibatkan PPS Dewan Orang Ramai Banggol Derom, SK Siong, SK Tanjung Pari dan SK Titi Gantung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini