28 buah sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Johor tidak memulakan sesi persekolahan esok.

Ia melibatkan 23 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah di empat daerah meliputi Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat. Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, 8 buah sekolah juga ditutup kerana masih terjejas akibat banjir.
 
Bagaimanapun, sekolah tidak terlibat banjir tetap memulakan sesi persekolahan esok, mengikut jadual ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini