Bantu kawal kawasan daripada ancaman harimau di Gua Musang.

29 anggota pasukan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq Kem Bidor ditugaskan membantu mengawal kawasan Pos Bihai.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pasukan berkenaan sememangnya sudah arif dengan pergerakan di dalam hutan bagi memudahkan kawalan dilakukan sebaik mungkin.

Pihaknya telah menerima permohonan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk membuat kawalan dan mengesan harimau terbabit.
 
Pasukan pertama melibatkan 19 anggota yang akan melapor diri pada 19 Januari ini, manakala pasukan kedua seramai 10 anggota akan menyusul kemudian.
 
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan program New Year Ride di Balai Polis Wakaf Bharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini