29 kotak mercun dan 28 karton rokok seludup, bernilai RM16,501 dirampas di Jalan Parit Haji Hashim, Kluang, 5:30 petang semalam. Rampasan melibatkan nilai cukai rokok RM3,908.

Batalion Lima Pasukan Gerakan AM (PGA) Simpang Renggam, Johor turut menahan dua lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan, berumur 21 hingga 29 tahun. Pegawai Pemerintah Batalion Lima PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, siasatan awal mendapati sindiket membekalkan mercun dan rokok tidak bercukai ke kedai runcit sekitar Simpang Renggam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen Lapan Akta Bahan Letupan 1957 ( Akta 207 ).

Sementara itu, dalam satu serbuan berasingan di Kampung Sungai Burung, Pekan Nenas, Pontian, 4. 30 petang hari sama, PGA berjaya mematahkan sindiket memproses dan menjual samsu haram, bernilai RM15,992.

Empat lelaki warga asing berumur 19 hingga 44 tahun, dipercayai terlibat sindiket penjualan arak tiruan yang menyasarkan pekerja asing di daerah tersebut, ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 75 Akta Eksais 1976.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini