Bilangan kes HIV baharu yang dilapor di Malaysia sebanyak 3,293 kes, atau pada kadar 10.0 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2018. Daripada jumlah ini, seramai 47 kes merupakan kanak-kanak berumur bawah 18 tahun. Jelas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, mengikut maklumat dari Majlis AIDS Malaysia (MAM), mereka telah memberi bantuan kewangan untuk kos pengurusan kepada 13 rumah perlindungan yang turut menerima pesakit HIV.Namun, skop fungsi Kementerian Kesihatan ialah pencegahan penyakit, jagaan serta rawatan pesakit di hospital atau ketika jagaan asas, tetapi tidak termasuk penyediaan rumah perlindungan sementara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini