3 Disember diisytihar sebagai Hari batik Malaysia yang akan disambut setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman khas berkata, pengisytiharan hari tersebut dapat menggalakkan seluruh rakyat untuk memakai pakaian batik Malaysia.

Sekali gus memperkasa industri kraf batik tempatan dan rantaian pengeluaran industri batik negara.

26 November lalu, Jemaah Menteri bersetuju memilih 3 Disember sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan sokongan ditonjolkan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Badawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini