Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi terhadap varian yang dibimbangi (VOC), termasuk Omicron.

Jurucakap Sinovac Biotech Ltd berkata penyelidikan itu memberi jaminan bahawa vaksin tidak aktif, iaitu antara vaksin paling banyak digunakan di seluruh dunia, kekal berkesan memerangi COVID-19. Penyelidikan tersebut telah dijalankan di China dengan memeriksa tindak balas imun Sinovac ke atas 120 peserta.

Penyelidikan mendapati, lebih 300 antibodi menunjukkan aktiviti pembunuhan yang memadai ke atas kebanyakan VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI). Penyelidikan juga menunjukkan majoriti antibodi tersebut mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan domain pengikat reseptor Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini