Di Chile sekurang-kurangnya 30 buah rumah dibakar dalam serangan di bandar Contulmo, selatan negara itu.

Kabin berhampiran tasik Lanalhue yang digunakan sebagai rumah musim panas kini tinggal hanya tinggal debu dan atap besi.

Menurut keluarga mangsa, pelaku juga menembak penduduk ketika mereka melarikan diri daripada serangan itu.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kumpulan yang dikenali sebagai Resistencia Mapuche Lavkenche mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dalam satu kenyataan.

Wilayah Wallmapu di bahagian selatan Chile sering berlaku ketegangan antara negeri dan kumpulan orang asli Mapuche tempatan yang menuntut agar tanah pusaka mereka dikembalikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini