Kerajaan negeri mengenalpasti 30 daripada 1,456 koperasi di Johor yang terjejas dan menutup operasi sejak awal tahun sehingga kini.

Ia melibatkan sektor pelancongan seperti inap desa dan perhotelan selain koperasi perniagaan.

Exco negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kerajaan Johor sentiasa menyokong usaha gerakan koperasi di negeri itu dengan pelbagai insentif dan bantuan diberikan kepada usahawan koperasi terlibat.

Ini termasuk meluluskan bantuan prihatin koperasi berjumlah RM1.5 juta yang memanfaatkan 299 buah koperasi kluster kecil dan mikro, tahun lalu.

18 permohonan turut diluluskan melibatkan dana RM365,014 menerusi Program Pembangunan Ekonomi Setempat, Perbadanan Usahawan Negeri Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini