30 Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kalangan masyarakat India di negara ini menerima sumbangan bantuan makanan Prihatin sempena program Deepavali di ibu negara. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Kuala Lumpur,Che Samsuzuki Che Noh, bantuan itu selaras objektif rumah prihatin bagi meringankan beban golongan sasar yang memerlukan.

Program berkenaan hasil kerjasama anjuran Pergerakan belia inspirasi dan Malaysia Association for the blind (MAB). Sejak penubuhan Rumah Prihatin pada 15 Julai lalu ia telah memanfaatkan lebih 70,000 orang yang memerlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini