Seramai 1,200 penghuni yang merupakan pemilik 300 unit rumah lama Pangsapuri Taman Segar, Cheras bakal mendapat unit kondominium baharu, secara percuma.Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata unit kondominium berharga RM300,000 itu akan dilengkapi ciri moden dan hampir dua kali ganda lebih besar dari keluasan unit pangsapuri lama yang didiami mereka ketika ini.Usaha ini sejajar konsep penjanaan dan pembinaan semula bandar, menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Penggantian kondominium ini dibuat memandangkan projek baharu akan dibina di atas tanah pangsapuri terbabit.Beberapa isu akan diatasi terlebih dahulu sebelum ia dilulus dan dilaksanakan terutama memastikan keperluan pemilik asal unit pangsapuri dipenuhi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini