Baru-baru ini berlangsungnya Konsert Laksamana Metal Wings x Bunkface di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Apa yang menariknya, konsert itu dihadiri kira-kira 3 ribu peminat yang mengenakan busana pahlawan Melayu serta lengkap bertanjak sebagai tanda sokongan terhadap tema Wings. Menurut vokalis kumpulan Wings, Awie, dia turut terharu dengan sambutan dan sokongan peminatnya terhadap Konsert tersebut. Bagaimanapun, konsert yang buat julung kali menggabungkan genre muzik punk dan rock itu juga menyaksikan kehebatan Bunkface ketika membuat persembahan di pentas yang sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini