Rakyat terutamanya daripada kumpulan B40, bakal mendapat manfaat rawatan implan pergigian. Ia disumbangkan Straumann Group Sdn Bhd, syarikat peneraju bertaraf dunia dalam bidang implan dan pergigian estetik.

Menerusi Perjanjian persefahaman yang dimeterai dengan KKM, Straumann Group akan menyumbang 3,000 pakej implan pergigian lengkap bernilai lebih RM10 juta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bagi memastikan program implan pergigian itu berjaya dan tidak membawa kepada sebarang komplikasi, pemantauan berterusan oleh KKM dan komitmen pesakit untuk menghadiri rawatan susulan, adalah sangat penting.

Kajian menunjukkan antara 19 dan 65 peratus pesakit yang menerima rawatan implan pergigian, mendapat penyakit mucositis. Manakala antara satu dan 47 peratus, mendapat penyakit keradangan, sekiranya gagal dipantau secara berkala.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini