Hampir 3,000 pelajar luar bandar di Padang Terap, Kedah menerima baucar bantuan pakaian dan peralatan persekolahan.
Ia melibatkan peruntukan kira-kira RM250,000
Menteri Pembangunan Luar Bandar – Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, inisiatif bertujuan membantu ibu bapa membeli kelengkapan persekolahan anak-anak.
Tumpuan diberi kepada ibu bapa yang memiliki anak ramai atau yang terkesan akibat pandemik dan bencana.
Kerajaan akan memastikan Keluarga Malaysia yang memerlukan, terus dibantu.
Sesi persekolahan 2022/2023 dijangka bermula hujung Mac ini.
Utama Edisi Semasa