30,000 ujian RT-PCR bakal diberikan secara percuma kepada warga tempatan yang ingin pulang ke dalam negara.

Inisiatif kerjasama Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) dan Asia Coding Centre & Dataprep Asia itu juga bagi membantu urusan kerajaan dan ia melibatkan peruntukan lebih RM7.5juta.

Ia dapat meringankan beban daripada kos pelancong terutamanya warga tempatan untuk menjalani ujian saringan dan dapat membendung penularan COVID-19.

Menurut Kapten Mahadzir Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif MiTda,  kerjasama itu juga bagi membantu kelancaran pengurusan kemasukan pelancong di pintu sempadan negara sekaligus bagi memulihkan industri pelancongan di era pandemik ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Coding Centre Datuk Dr Khalid Ibrahim turut menyatakan teknologi ujian RT-PCR itu juga boleh dilakukan dalam masa 1 jam dan akan mendapat keputusan segera bagi memudahkan proses kemasukan warganegara yang ingin pulang ke negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini