Sejumlah 306 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang memasuki negara ini berkemungkinan adalah varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media berkata, ia hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melibatkan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember 2021.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 306 telah menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS).

Beliau pada masa sama memaklumkan, kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Kesemua lapan negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini