Seramai 1,099,250 atau 31 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah lengkap vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data COVIDNOW, sebanyak 1,665,98 kanak-kanak atau 46.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 2,908,320 atau 93.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula telah lengkap vaksinasi.

Sementara itu, 16,77,473 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak.

Manakala 22,972,457 atau 97.6 peratus lengkap dua dos dan 23,248,351 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Portal GitHub Kementerian Kesihatan mendedahkan, lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam.

Dua kes di Johor manakala satu kes masing-masing di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini