31 pendatang asing tanpa izin, PATI, maut, selepas bot dinaiki karam di luar pantai utara Perancis, ketika menyeberang Selat Inggeris, menuju ke Britain. Tragedi berkenaan, disifatkan terburuk pernah berlaku melibatkan PATI di perairan itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan, Kesatuan Eropah, EU perlu mencari jalan, bagi melindungi sempadan luar EU. Ia termasuk menghalang kedatangan lebih ramai PATI daripada tiba di pantai utara Perancis.

Mesyuarat tergempar bakal diadakan, bagi membincangkan perkara berkenaan. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmain, berkata, empat individu disyaki anggota sindiket pemerdagangan manusia, ditahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini