Sekurang-kurangnya 31 migran yang mahu menyusup masuk ke England melalui Selat Inggeris maut apabila bot dinaiki mereka karam di luar pantai pelabuhan Calais, Perancis. Ia merupakan tragedi terburuk sejak selat itu menjadi laluan utama kemasukan migran.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berikrar negara itu tidak rela membenarkan selat itu menjadi ‘tanah perkuburan’ dan berikrar untuk mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut.

Jelas beliau, lima wanita dan seorang kanak-kanak perempuan adalah antara mangsa yang maut manakala status kewarganegaraan migran terbabit masih belum dikenal pasti. Kira-kira 50 mangsa disyaki berada di atas kapal yang bertolak dari Dunkirk di timur Calais itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini