Seramai 31 penduduk terjejas banjir daripada enam keluarga di Kelantan, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh, Rantau Panjang.

PPS yang dibuka pukul 10 malam semalam, menempatkan penduduk terjejas banjir dari Kampung Bendang Perol. 

Penduduk yang ditemui memaklumkan paras air mula meningkat pada pukul 5 petang dan mencecah hingga ke paras dada. 

Menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat pukul 1.30 petang, sungai Golok di Rantau Panjang, merekodkan paras amaran dengan bacaan 8.67 meter.
 
Manakala dua sungai merekodkan paras waspada adalah Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Galas di Dabong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini