Sebanyak 31 sekolah di Kelantan, mencapai keputusan lulus 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Ini termasuk 10 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah,Jabatan Pendidikan Kelantan, Mohamad Ab Wahab memaklumkan, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik iaitu 1.95.

Menurut beliau, 50 sekolah lain turut menunjukkan GPS mengatasi Gred Purata Negeri. Peratus calon yang layak mendapat sijil pula 88.72 peratus atau 17, 855 calon.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini