314 orang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir.

Mereka merupakan penduduk Kedah, Kelantan dan Johor.

Menurut Portal Bencana Nadma, Kedah merekodkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 278 orang daripada  73 keluarga.

Penduduk Kubang Pasu dan Pendang itu menjadikan empat PPS sebagai tempat berlindung.

Manakala, di Bachok, Kelantan, 26 penduduk terlibat dengan bencana terbabit.

Enam keluarga tersebut ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat.

Sementara itu, 10 penduduk daripada dua keluarga di Tangkak Johor turut terlibat bencana sama.

Mereka menjadikan di PPS Sekolah Kebangsaan Serom 8 sebagai tempat berteduh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini