Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesan sebanyak 31,598 entiti terdiri daripada individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain yang masih tidak melaporkan pendapatan sebenar.

Menurut LHDN, amaun ketirisan cukai langsung dialami negara yang dianggar bernilai RM665 juta itu  merupakan satu amaun yang signifikan dan mampu memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara jika ia tidak segera dibendung.

Bagi tujuan tersebut, tempoh yang diberikan kepada mereka untuk mengambil tindakan ialah selama satu bulan, bemula dari 15 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022.

Setelah tempoh sebulan tamat, LHDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan cukai seperti audit, siasatan sivil dan siasatan jenayah terhadap entiti dan individu yang masih gagal patuh menghantar Borang Nyata Cukai bagi sesuatu Tahun Taksiran, mengemukakan penyata salah, dan mengelakkan diri daripada dikenakan cukai.

Ketidakpatuhan dan pelarian cukai itu dikenakan tindakan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 112, 113 dan 114 Akta Cukai Pendapatan 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini