Seramai 32.3 juta penduduk Malaysia atau 99.3 peratus daripada anggaran penduduk 32.6 juta telah dibanci. Menurut Pesuruhjaya Banci 2020, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Operasi Banci Malaysia 2020 ditutup semalam dan profil penduduk Malaysia sedang dibangunkan.

Dapatan daripada 32.3 juta penduduk Malaysia menunjukkan 25.6 peratus merupakan penduduk dalam kalangan usia bawah 14 tahun, 69.1 peratus penduduk berusia 15 hingga 64 tahun dan 5.3 peratus berusia 65 tahun ke atas.

Penduduk Malaysia merangkumi 91.6 peratus warganegara dan bakinya bukan warganegara. Penduduk lelaki pula mencatatkan 51.5 peratus, lebih tinggi berbanding peratusan penduduk perempuan, 48.5 peratus.

Laporan Penemuan Awalan Banci Malaysia 2020 akan dikeluarkan pada Januari 2022. Beliau bercakap pada sidang media Penutupan Operasi Banci Malaysia 2020 di Putajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini