35 individu termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dalam kejadian banjir lumpur di Chalet Bobby Eco Camp, Bentong, Pahang.

32 daripada mereka ditemui pukul 4.09 pagi semalam, manakala tiga lagi masih hilang. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada Sabtu pukul 10.40 malam.

22 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, dan Gombak ke lokasi kejadian bersama Pasukan STORM Negeri Pahang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan, dengan bantuan tiga ekor anjing pengesan dan tujuh anggota Unit Pengesan dalam jarak 300 meter radius dari kawasan kejadian.

Namun operasi tersebut terpaksa ditangguhkan pada pukul 6.30 petang ekoran cuaca gelap dan akan bersambung hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini