Dua premis yang menjadi markas kaki judi diserbu pihak polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof memaklumkan sebanyak 32 komputer riba dan sejumlah wang tunai RM902 dirampas.

Tambah beliau, 8 termasuk 2 penjaga berusia 26  hingga 58 tahun turut ditahan.

Bagi penjaga premis, mereka disiasat mengikut Seksyen 4B ( a )Akta Rumah Judi terbuka yang boleh dikenakan denda RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum 5 tahun.

Manakala 6 pemain judi yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 ( 1) Akta sama.

Sabit kesalahan boleh di penjara tidak lebih enam bulan dan di denda tidak lebih dari RM5,000.

Ujara beliau lagi sebagai tindakan susulan pemotongan bekalan elektrik dan air akan dilakukan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai premis judi tanpa lesen boleh menghubungi talian hotline IPK Kuala Lumpur di 03-21450584 atau melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini